Puteri Umno Terbit Buku MyHAK - Semasa | mStar

Puteri Umno Terbit Buku MyHAK

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tiga, kiri) bersama Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (dua, kiri) menunjukkan buku "MyHAK" pada Perhimpunan Agung Perwakilan Umno 2015 di Dewan Merdeka, Khamis. Turut hadir Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarikh Khan (tiga, kanan).

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno menerbitkan buku MyHAK, bertujuan memberikan panduan kepada masyarakat khususnya golongan muda mengenai hak individu meliputi urusan jual beli hartanah, perkahwinan dan perceraian serta hak harta pusaka.

Pelancaran buku berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.

Turut hadir Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pengerusi Biro Perundangan, Profesional dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Puteri Umno, Natassia Md Roslan ketika ditemui berkata isu dalam buku MyHAK itu dipilih berdasarkan kajian yang dilakukan pihaknya bersama golongan muda.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dilakukan, 65 peratus daripada responden menyatakan kekeliruan mengenai tiga perkara tersebut.

"Sebab itu kami keluarkan buku ini untuk membantu memberi panduan mengenai hak mereka," katanya.

Katanya buku berkenaan akan diberikan secara percuma ketika Perhimpunan Agung Umno sebelum diperluaskan kepada orang ramai. -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PAU 2015: Teks Ucapan Dasar Presiden Umno

Artikel Berkaitan

Artikel Lain