Wujudkan Laluan Khas Usahawan Wanita Di Semua Bank - Wanita Umno - Semasa | mStar

Wujudkan Laluan Khas Usahawan Wanita Di Semua Bank - Wanita Umno

KUALA LUMPUR: Laluan Khas Usahawan Wanita hendaklah diwujudkan di semua bank dan institusi kewangan di negara ini sebagai kemudahan kepada mereka berurusan dan memajukan diri sebagai usahawan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mencadangkan perkara itu, berkata selain membantu menguruskan pinjaman, kemudahan itu juga dapat memperkukuhkan ekosistem ekonomi untuk usahawan wanita di seluruh negara.

"Saya mencadangkan Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz) yang juga seorang wanita, meneliti dan menambah baik polisi kewangan untuk wanita terutamanya dalam bidang keusahawanan dengan mewujudkan Laluan Khas Usahawan Wanita di semua bank dan institusi kewangan," katanya.

Shahrizat memberi cadangan itu semasa menyampaikan ucapan dasar, sekali gus merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Shahrizat yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (KIW) di Jabatan Perdana Menteri, berkata golongan wanita masih memerlukan khidmat nasihat dan dorongan bagi meningkatkan keyakinan diri walaupun mereka mempunyai bakat dan potensi.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain