Keputusan Rayuan Kes Bunuh Sosilawati Diketahui Esok - Semasa | mStar

Keputusan Rayuan Kes Bunuh Sosilawati Diketahui Esok

Sosilawati. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan mengumumkan keputusannya esok mengenai rayuan seorang bekas peguam dan tiga pembantu ladang terhadap sabitan kesalahan mereka membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Pada 25 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukumn mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, serta T. Thilaiyalagan, 23, R. Matan, 24, dan R. Kathavarayan, 35.

Mereka didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, dan tiga yang lain iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dikatakan berhubung urus niaga jualan tanah.

Mereka melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Keputusan mengenai rayuan itu akan dibuat panel tiga anggota terdiri daripada Datuk Aziah Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Pendengaran rayuan itu bermula pada 10 Ogos tahun ini dan berlangsung selama enam hari. 

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon; Hishyam Teh Poh Teik dan Gurbachan Singh mewakili Thilaiyalagan; Matan diwakili Amer Hamzah Arshad dan M. Stanislaus Vethanayagam mewakili Kathavarayan. Pasukan pendakwa diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Semasa prosiding rayuan itu, Manjeet Singh dalam hujahnya berkata tiada bukti dijumpai di Lot 2001 (di Tanjung Sepat, Banting) yang tekal dengan dakwaan pembunuhan empat orang berkenaan.

Amer Hamzah berkata Sosilawati dan tiga pembantunya mungkin dibunuh orang lain.

Katanya terdapat beberapa profil DNA lelaki tidak dikenali pada pemukul kriket, dua puting rokok, bekas darah dan cap jari yang dijumpai di kuarters pekerja di ladang berkenaan.

Tiada DNA tertuduh dijumpai pada mana-mana barang kes, kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin pula dalam hujahnya berkata polis menjumpai serpihan tulang manusia dan sisa kayu api yang digunakan untuk membakar tubuh mangsa berdasarkan maklumat dua tertuduh.

Thilaiyalagan dan Kathavarayan membawa polis ke tempat penemuan beberapa barang bukti yang mereka lupuskan, katanya.

Beliau berkata Thilaiyalagan dan Kathavarayan menunjukkan lokasi serpihan tulang serta abu manusia dilupuskan ke dalam Sungai Panchau.

Kathavarayan adalah orang pertama yang menunjukkan tempat tulang dan abu  itu dijumpai, katanya.-- Bernama



Artikel Sebelum

Umno Dah Hantar Surat Pecat Hamidah - Ku Nan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel