suria

Gadis 12 Tahun Juara Jamah Hidangan Tulang Rusuk

Aalia Zafira gembira apabila berjaya menghabiskan tiga hidangan tulang rusuk lembu pada pertandingan anjuran Tony Roma's.

JOHOR BARU: Sekali imbas, gadis berusia 12 tahun dengan beratnya kira-kira 38 kilogram sama seperti remaja lain.

Bagaimanapun, siapa sangka saiz sememangnya bukan alasan untuk Aalia Zafira Tito Livio Tovar ini memenangi pertandingan menikmati hidangan tulang rusuk di sini.

Remaja itu menghabiskan tiga hidangan tulang rusuk lembu dalam masa tiga minit 13 saat untuk mengungguli kategori wanita pada pertandingan anjuran Tony Roma's.

Bagaimanapun, pelajar Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent ini berkata, kemenangannya akan lebih bermakna jika bapanya, Tito Livio Tovar, 35 memenangi kategori lelaki.

Pada pertandingan itu, bapa Aalia Zafira yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu mendapat tempat kedua.

"Bapa dan saya buat keputusan untuk menyertai pertandingan ini kerana kami gemar makan tulang rusuk lembu," katanya di Komtar JBCC di sini.

"Kami berjoging dan berbasingan pada malam sebelumnya untuk menambah selera.

"Saya memang lapan ketika pertandingan itu, jadi saya tak henti makan," katanya

Artikel Sebelum

Penternak Ikan Rugi RM100,000

Artikel Berikut

Artikel Lain