suria

Polis Siasat Pengarah Now

Akmal Nasir

KUALA LUMPUR: Polis memulakan siasatan terhadap Pengarah National Oversight and Whistleblowers (Now) Akmal Nasir, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Langkah itu susulan laporan polis oleh Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abdullah Samsudin berhubung dakwaan bahawa seorang Menteri Persekutuan menyalahgunakan dana badan berkenaan.

Laporan Abdullah juga mendakwa bahawa dokumen-dokumen yang digunakan oleh Akmal mungkin menyalahi undang-undang.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman pada Ahad, Khalid berkata, siasatan masih di peringkat awal.

"Kami tidak menjalankan apa-apa tangkapan lagi," kata Khalid.

Tambahnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengendalikan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh YaPEIM.

Sebelum ini Akmal mendawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan wang YaPEIM bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Antara dakwaan Akmal ialah berkenaan pembiayaan perjalanan Jamil Khir ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli belah membabitkan kos antara RM410,978 hingga RM590,000.

Artikel Lain