Malaysia Pasti Sambut Baik China Dalam TPPA - PM - Semasa | mStar

Malaysia Pasti Sambut Baik China Dalam TPPA - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Malaysia sudah pasti menyambut baik penyertaan China dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memandangkan pakatan terbesar dunia itu sewajarnya terangkum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

"Persetujuan semua anggota TPPA ialah supaya perjanjian ini menjadi blok  Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Pasifik, yang meliputi semua ekonomi APEC, termasuk China.

"Sebagai rakan dagang paling penting kami, Malaysia sudah semestinya menyambut baik China sebagai anggota TPPA," kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Bernama sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 2015 serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang bermula Sabtu ini.

Sejumlah 12 negara terlibat dalam TPPA -- Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan  Vietnam, memuktamadkan rundingan di Atlanta bulan lepas.

China bagaimanapun bukan sebahagian daripada TPPA.

Najib mengulas soalan mengenai sama ada TPPA semata-mata bertujuan memberi manfaat kepada Amerika Syarikat untuk berhadapan kuasa besar ekonomi, China.

"Kami mahu TPPA terangkum sepenuhnya, oleh itu kami akan terus menyokong kemasukan anggota baharu.

"Lebih banyak pasaran untuk barangan dan perkhidmatan dan membangunkan rangkaian bekalan dunia merupakan kedudukan sama sama menang untuk semua pihak yang terlibat - yang termasuk China jika mereka memutuskan untuk turut serta," kata Najib.

Anggota TPPA bertemu di Manila baru-baru ini di luar Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Ditanya sama ada TPPA akan menjadikan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang termasuk China, sebagai bertindih, Perdana Menteri berkata perjanjian itu akan melengkapkan antara satu sama lain.

RCEP merupakan antara perjanjian perdagangan utama yang sedang dirundingkan oleh ASEAN dan rakan dagang bebasnya.
Dengan kesemua 10 anggota ASEAN dan rakan FTAnya, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand terlibat, ia menyumbang hampir 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia.

"Tidak berlaku pertindihan atau percanggahan antara TPPA dan RCEP.Kedua-duanya kaedah untuk meningkatkan lagi liberalisasi perdagangan, dan atas sebab itulah Malaysia menyokong penuh kedua-duanya," kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata 'terdapat aturan pelengkap yang akan menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dalam penyepaduan serantau di Asia Pasifik.

"RCEP juga dijangkakan melengkapkan usaha ASEAN untuk menjadi asas pengelauran tunggal, sekali gus memastikan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing. Ada sebab untuk kita untuk terus memberi penekanan saksama kepada kedua-duanya," kata Najib.

Artikel Sebelum

Kerajaan Tak Sekat Facebook, Telegram, WhatsApp

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain