SPRM Sentiasa Teliti Aduan Sebelum Lakukan Siasatan - Semasa | mStar

SPRM Sentiasa Teliti Aduan Sebelum Lakukan Siasatan

Tun Mohd Khalil Yaakob menganugerahkan Darjah Cemerlang Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Mustafar Ali sempena Ulangtahun Ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri pada Sabtu. Foto: Bernama

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa meneliti semua maklumat atau aduan isu rasuah sebelum tindakan penyiasatan dilakukan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Janda Baik, Mohd Fauzi Abd Latif yang mahu SPRM menyiasat dakwaan berlaku penebangan pokok yang mengakibatkan insiden banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Rabu lepas.

Mustafar berkata langkah mengikut prosedur perlu dilakukan kerana pihaknya tidak boleh menerima semua dakwaan rasuah dengan bulat-bulat tanpa penelitian kerana bukan semua aduan atau maklumat boleh terus dikaitkan dengan isu rasuah.

"Kita tidak boleh dakwa atau kata mesti ada rasuah apabila kita menerima aduan atau maklumat dari pihak tertentu. Sebaliknya penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui kebenarannya," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Beliau yang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira ditemui pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2015 di Seri Negeri di sini.

Sebanyak 445 penerima darjah kebesaran pada majlis yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena sambutan ulang tahun beliau ke-77.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Melaka pada 22 Nov depan penting dalam usaha merealisasikan Melaka sebagai antara destinasi utama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Beliau berkata lawatan setengah hari disertai kira-kira 100 delegasi dari negara Tembok Besar itu juga akan menjadi permulaan untuk pelaksanaan pelbagai projek yang telah direncanakan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Guangdong dan Melaka baru-baru ini.

"Lawatan julung kali oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang selepas hanya dua bulan MoU ditandantangi ini menandakan keseriusan hubungan dua hala yang ingin diteruskan oleh beliau.

"Saya yakin lawatan ini akan menjadi permulaan penting bukan sahaja dalam hubungan dua hala antara Melaka dan China tetapi juga untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata rakyat di negara ini perlu mengambil iktibar atas insiden serangan yang berlaku di Paris pagi Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 158 orang terbunuh. 

"Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang diperolehi selama ini. Perjuangan dengan menggunakan kaedah terkerlaluan dan melampu hanya akan menjejaskan keselamatan dan membinasakan masa hadapan yang dicita-citanya selama ini," katanya.

Datuk Seri Mustafar Ali , SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PBS Syor Laporan IGC Disemak Semula

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain