suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Di Paris: Tiada Rakyat Malaysia Terbunuh

PETALING JAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam serangan di Paris yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 140 orang pada malam Jumaat.

Menurut Kementerian Luar, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat setakat ini dan pemantauan akan terus dilakukan.

"Kami merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Perancis. Pihak kementerian terkejut dan mengutuk perbuatan keganasan seperti ini," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jurucakap Wisma Putra juga berkata terdapat 100 pelajar Malaysia terlibat dalam majlis makan malam bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim di Paris ada malam kejadian.

Namun kesemua mereka dilaporkan selamat.

Wisma Putra, Paris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain