Warga Emas Terima Tujuh Jahitan Akibat Ditetak - Semasa | mStar

Warga Emas Terima Tujuh Jahitan Akibat Ditetak

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas menerima tujuh jahitan di kepala akibat ditetak dalam kejadian samun di Felda Keratong 4, Rompin dekat sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mangsa berusia 65 tahun ditetak kerana tidak mengendahkan amaran empat pencuri yang masuk ke bilik tidurnya supaya tidak membuat bising. 

Dalam kejadian antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi itu, salah seorang suspek menutup muka dengan topeng dan bersenjatakan parang. 

"Suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan memotong empat batang besi tingkap nako rumah itu. Seorang anak mangsa berusia 23 tahun yang tidur di bilik berasing diikat sebelum mereka ke bilik mangsa," katanya semasa dihubungi disini, Khamis.  

Muhammad Aidil Roneh berkata suspek kemudiannya menggeledah rumah mangsa dan melarikan wang tunai RM250 dan dua telefon bimbit. 

"Apabila suspek tiada, mangsa keluar mendapatkan bantuan di rumah jirannya yang menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah," katanya. 

Muhammad Aidil Roneh berkata keadaan mangsa kini stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Warga Emas , Tetak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain