Parlimen Hadkan Petugas Media Buat Liputan - Semasa | mStar

Parlimen Hadkan Petugas Media Buat Liputan

PETALING JAYA: Bermula Isnin ini, Parlimen mengehadkan hanya tiga orang petugas media yang dibenarkan membuat liputan prosiding Dewan Rakyat  bagi setiap agensi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, jabatan komunikasi korporat Parlimen berkata arahan itu akan dikuatkuasakan Isnin depan dan ianya termasuk jurugambar dan juruvideo.

"Keputusan ini telah diambil berikutan masalah kekangan ruangan kerja yang amat kritikal sepanjang kerja-kerja menaik taraf kompleks Parlimen yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018,” jelas kenyataan itu.

Pada awal sesi Parlimen kali ini, semua media ditempatkan di ruangan sempit di lobi Parlimen, supaya membolehkan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas mereka pada sayap bangunan yang bersebelahan.

Sebelum ini media dibenarkan bertugas di kedua-dua sayap, dengan ruang sidang akhbar khas ditempatkan pada sebelah kanan.

Sebagai rekod, pada tahun 2008, kira-kira 100 wartawan mengadakan boikot selepas parlimen tidak membenarkan akses ke lobi dan menghadkan hanya lima petugas media dibenarkan membuat liputan bagi setiap agensi.

Dalam protes itu , wartawan media cetak, dalam talian dan elektronik memutuskan untuk hanya meliputi prosiding di Dewan Rakyat dan memboikot semua sidang akhbar atau acara yang diadakan di luar dewan.

Namun boikot tersebut berakhir sehari kemudian apabila sekatan ditarik balik selepas ia dilihat memberi kesan ke atas sidang akhbar yang diadakan termasuk oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Parlimen , petugas media

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain