suria

Isteri Husam Musa Terima Ugutan Bunuh

Husam Musa.

PETALING JAYA: Isteri kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menerima ugutan bunuh ketika ketegangan semakin memuncak melanda kepimpinan parti itu.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, Husam memaklumkan kepada beliau bahawa isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan bahawa isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.

"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin.

Salahuddin bagaimanapun enggan menjelaskan lebih terperinci mengenai insiden itu dengan berkata beliau kecewa dengan apa yang menimpa isteri Husam.

Malah, beliau berharap pihak polis akan menyiasat perkara itu dengan segera.

Ketika dihubungi Husam menegaskan beliau sama ada akan mengadakan sidang media atau mengedarkan kenyataan media pada Khamis berhubung isu berkenaan.

Tekanan semakin memuncak di dalam PAS apabila Husam mendakwa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui mahu membentuk kerjasama dengan Umno semasa kemelut menteri besar Selangor pada tahun lalu.

Artikel Lain