suria

Laluan Jalan Tun Razak Alami Perubahan Bermula Ahad

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan di Jalan Tun Razak akan mengalami perubahan bermula 8 November ini berikutan pelaksanaan penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata kenderaan dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak.

Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.

Sementara itu, kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.

Menurut kenyataan itu lagi, kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant.

Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant sahaja.

Jalan Tun Razak, Ampang, DBKL

Artikel Lain