suria

Guru Besar Hilang: Kawasan Pencarian Diperbesar

PETALING JAYA: Pihak berkuasa memperluaskan kawasan mencari dan menyelamat guru besar sekolah rendah yang dilaporkan hilang di Hutan Buluh Telur di Kuala Kubu Baru, Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kawasan pencarian dibesarkan hingga 2 kilometer radius.

"Kami menambah seramai 100 anggota yang terlibat dalam operasi ini. Mereka dari pelbagai jabatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis, renjer hutan, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Veteran Komando Malaysia," katanya.

Abdul Samah berkata pasukan penyelamat dibekalkan dengan bungkusan talian hayat.

"Lilin, makanan dan nota panduan untuk mencari jalan keluar diletakkan dalam bungkusan itu. Kami tinggalkan bungkusan itu dalam radius pencarian supaya jika dia jumpa bungkusan itu, dia tahu nak buat apa untuk minta pertolongan," jelasnya.

Rabu lepas, The Star melaporkan usaha mencari Jahsiah Rabu, 53 tahun ditumpukan di sekitar perkampungan Orang Asli dan di Hutan Simpan Bukit Kutu.

Difahamkan Jahsiah mengalami kemurungan dan tidak balik ke rumah sejak Jumaat lepas.

Operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 4 petang Isnin lepas dan masih diteruskan sehingga sekarang.

Guru Besar, Polis

Artikel Lain