suria

Selangor Bangunkan Projek Sumber Air Baharu

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membangunkan projek sumber air baharu bagi memitigasikan sebarang kemungkinan kekurangan bekalan air memandangkan projek Langat 2 hanya dijangka siap pada pertengahan 2019.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, projek sumber air baharu yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan dengan kos RM778 juta adalah Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat dan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan bajet 2016 berjumlah RM2.88 bilion bagi negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

"Mulai 15 Okt lepas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, anak syarikat penuh kerajaan negeri, juga telah secara rasmi diambil alih pengurusan operasi Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) dan Puncak Niaga Sdn Bhd," katanya.

"Insya-Allah tidak akan berlaku lagi catuan bekalan air di Selangor," kata Mohamed Azmin.

Beliau turut memaklumkan sidang itu bahawa kerajaan negeri akan memulakan kajian komprehensif pembangunan Sungai Klang membabitkan peruntukan RM15 juta tahun depan.-- Bernama

Selangor, Azmin Ali, Jenderam Hilir, air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FSK 2015 Rai Karya Kanak-Kanak

Artikel Lain