Muhyiddin Tiada Maklumat Tujuh Ahli Umno Disiasat - Semasa | mStar

Muhyiddin Tiada Maklumat Tujuh Ahli Umno Disiasat

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tujuh anggota parti itu yang kini sedang disiasat.

"Saya hanya baca mengenainya di media," jawabnya secara ringkas di perkarangan Parlimen di sini, Khamis.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau sendiri tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

Ditanya sama ada sedia berhadapan dengan siasatan itu sekiranya beliau adalah salah seorang daripada tujuh individu terlibat, Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh individu dalam Umno sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak patut ‘dibuat di khayalak’.

Beliau menambah, hasil siasatan akan dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum ia dibawa ke jawatankuasa disiplin parti.

Tengku Adnan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tujuh individu tersebut.


Artikel Sebelum

Hidup Dalam Kesamaran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain