George Town Di Kedudukan Keempat Bandar Terbaik Dunia - Semasa | mStar

George Town Di Kedudukan Keempat Bandar Terbaik Dunia

GEORGE TOWN: Keputusan telah dikeluarkan! George Town berada di kedudukan keempat dalam 10 Bandar Terbaik Untuk Dikunjungi Pada 2016 dalam senarai Lonely Planet.

"George Town mungkin terkenal dengan jalan-jalan persekitarannya yang tersenarai dalam warisan dunia Unesco, tetapi akhir-akhir ini ia juga telah muncul sebagai tempat berciri seni, Malaysia moden," menurut Lonely Planet di laman webnya.

"Hari ini, anda mungkin mahu mencari seni jalanan gaya 'funky' di tengah-tengah rumah kedai tradisional Cina, dan ruang pameran versetail yang mempamerkan avant garde seni, filem, muzik dan tarian yang muncul di sebelah kiri dan kanan. Menginaplah di beberapa di rumah tumpangan butik dan anda akan mendapat resipi salah sebuah daripada pelbagai komuniti paling berseni dan berdaya cipta di Asia."

George Town berada di senarai keempat selepas Kotor (Montenegro), Quito (Ecuador) dan Dublin (Ireland).

Bandar-bandar ini mendahului tempat-tempat lain yang lebih dikenali dalam senarai itu seperti Rotterdam (Belanda), Mumbai, Fremantle (Australia), Manchester (United Kingdom), Nashville (Amerika Syarikat) dan Rom.

Sebagai sebuah bandar yang tersenarai dalam Warisan Dunia Unesco, Lonely Planet juga menyifatkan George Town sebagai 'syurga bagi dunia seni yang berkembang dengan kemudahan penginapan gaya 'hip''.

"Telusurilah jalan-jalan yang berliku dan lorong-lorong seni di bandar bersejarah George Town untuk menikmati galeri seni jalanan di bahagian luar yang menarik.

Penghargaan untuk Pulau Pinang datang dua tahun selepas Lonely Planet menamakan negari tersebut sebagai destinasi terbaik di dunia untuk makanan.

Sebelum ini, akhbar Britain, Guardian turut menamakan Pulau Pinang sebagai salah sebuah daripada 10 destinasi yang mesti dikunjungi pada 2014.

Artikel Sebelum

Video Budak Lelaki Dilanggar Jadi Viral

Artikel Berikut

PAS Sanggup Kerjasama Dengan 'Musuh'

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain