Perobohan Ampang Park Penting - MRT - Semasa | mStar

Perobohan Ampang Park Penting - MRT

KUALA LUMPUR: Perobohan keseluruhan bangunan pusat beli-belah Ampang Park di sini penting disebabkan aspek keselamatan, kata Pengarah Bahagian Komersial dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Haris Fadzilah Hassan.

Beliau berkata untuk memastikan keselamatan pembinaan, adalah tidak munasabah untuk meroboh dua pertiga bangunan dengan meninggalkan baki satu pertiga lagi bangunan memandangkan ia dibina menggunakan kerja pembinaan asas pad, iaitu kaedah yang biasa digunakan dahulu, dan bukan cerucuk.

"Walaupun Stesen MRT Ampang Park bawah tanah tidak menggunakan kesemua kawasan pusat beli-belah Ampang Park, keseluruhan bangunan mesti diroboh bagi pembinaan stesen MRT.

"Jika sebahagian bangunan diroboh, keselamatan bangunan yang tinggal akan terjejas," kata Haris.

Beliau berkata tambahan pula, perkhidmatan bagi bangunan seperti sistem bekalan tenaga, pendingin hawa, kumbahan, tandas dan laluan keluar kecemasan direka bentuk bagi bangunan itu secara menyeluruh.

"Perkhidmatan ini mungkin terjejas apabila dua pertiga bangunan diroboh dan ia berkemungkinan tidak lagi dapat berfungsi dengan baik sekiranya satu pertiga lagi dibiarkan.

"Laluan masuk ke tempat letak kereta bawah tanah terletak di bahagian bangunan yang terjejas secara langsung oleh pembinaan stesen MRT dan ini bermakna laluan masuk berkenaan tidak akan wujud lagi jika satu pertiga bangunan itu dibiarkan," kata beliau.

Laporan menyebut stesen MRT Ampang Park adalah penting memandangkan laluannya akan disepadukan dengan laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dan laluan LRT Kelana Jaya.

Pusat beli-belah Ampang Park yang dibina pada tahun 1973 dalam proses pengambilalihan oleh kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 bertujuan membina Stesen Ampang Park bagi MRT laluan SSP.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dipertanggungjawabkan untuk menempatkan semula peniaga di kompleks beli-belah tersebut.

Ampang Park , MRT

Artikel Sebelum

11 Kaki Judi Ditahan Di Cameron Highlands

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain