suria

Suami Isteri Maut Kereta Terjunam Dari Tingkat Lima

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh tembok konkrit lalu terjunam dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat di sini.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8 malam Ahad apabila mangsa Paul William Nunis dan isterinya, Mary Nunis Nee Mary Rodrigues, 71, mahu bergerak pulang selepas menghadiri satu perjumpaan anjuran Persatuan Serani Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kondominium Duta Vista di sini.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markhandan, berkata kereta yang dipandu William hilang kawalan lalu merempuh tembok konkrit di tempat letak kereta berkenaan dan terjunam.

"Kereta tersebut melanggar tembok konkrit dan terjunam. Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

William adalah bekas kakitangan di Telekom Malaysia manakala isterinya pernah berkhidmat bersama Tenaga Nasional.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


kereta terjunam, suami isteri

Artikel Sebelum

Lima Ahli Baharu PAC Dilantik

Artikel Berikut

Artikel Lain