Rokok Elektronik Dilarang Dalam Bagasi Daftar Masuk - Semasa | mStar

Rokok Elektronik Dilarang Dalam Bagasi Daftar Masuk

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memandang berat mengenai insiden bateri rokok elektronik terbakar dalam kabin penerbangan OD1003 Malindo Air pada 25 Oktober lepas.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai insiden itu.

Beliau menggariskan Arahan Teknikal bagi Pengangkutan Selamat Barangan Berbahaya melalui Udara (ICAO Doc 9284) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO);

i. Penumpang dan krew kabin dilarang membawa rokok elektronik menggunakan bateri mudah alih termasuk rokok elektronik dalam bagasi daftar masuk.

ii. Melarang mengecas bateri mudah alih rokok elektronik dalam kabin pesawat.

iii. Bateri hendaklah dikeluarkan daripada peranti rokok elektronik dan disimpan di tempat yang selamat.

"Arahan-arahan ini hendaklah dipatuhi oleh syarikat penerbangan, krew dan penumpang bagi mengelak inisiden seumpama itu pada masa depan," kata Azharuddin.

Dalam insiden 6.45 petang itu, bateri rokok elektronik yang disimpan di dalam sebuah beg yang diletakkan atas peha seorang penumpang, terbakar secara tiba-tiba selepas pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Penumpang itu dilaporkan cedera ringan di paha dan tangan kirinya. - Bernama

rokok elektronik

Artikel Sebelum

GST Penyelamat Ekonomi Malaysia - PM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain