Bekas Guru Disiplin Didakwa Cabul Murid Sekolah - Semasa | mStar

Bekas Guru Disiplin Didakwa Cabul Murid Sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan, April tahun lepas.

Ahmad Rapaie Mohammad, 54, didakwa memeluk dan mencium murid perempuan yang ketika kejadian berumur sembilan tahun 11 bulan dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di depan stor dalam Bilik Media, di sebuah sekolah di sini pada 1.20 tengah hari, 30 April 2014.

Tertuduh yang ketika kejadian juga merupakan guru disiplin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N.Joy Jothi menawarkan jaminan RM8,000, namun tertuduh yang diwakili peguam Agus Rosman memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya sudah bersara awal kerana menghidap kanser lutut, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan abang tertuduh membayar jaminan itu. 

Mahkamah menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes. 

Mahkamah juga membenarkan permohonan Agus supaya anak guamnya dibenarkan duduk sepanjang prosiding kerana dia tidak boleh berdiri lama akibat kanser lutut yang dihidapinya. -- Bernama


guru , Mahkamah Majistret , cabul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain