suria

"Kunjungan Ke KL Singkat, Tetapi Saya Akan Kembali" - Arnold Schwarzenegger

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala; bekas Presiden Bolivia, Jorge Quiroga; bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark; Arnold Schwarzenegger, bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong; jaguh Olimpik, Carl Lewis dan Presiden Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa, Lord Sebastian Coe pada majlis makan malam sempena Forum Transformasi Global di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Bintang filem aksi, Arnold Schwarzenegger kini dalam kunjungan singkatnya selama 48 jam di Kuala Lumpur dan beliau tidak mempunyai cukup masa untuk meninjau ibu negara yang banyak didengarinya selama ini.

Bagaimanapun, pelakon filem 'The Terminator' yang berada di sini sempena Forum Transformasi Global itu menggunakan ungkapan terkenalnya berkata: "Saya akan kembali, Kuala Lumpur!"

Schwarzenegger mula menggunakan ungkapan dalam 'The Terminator', sebuah filem sains fiksyen pada 1984.

Beliau terus menggunakan ungkapan yang sama atau beberapa yang lain dalam filem-filem sekuelnya.

Forum Transformasi Global yang julung kali diadakan ini akan melibatkan lebih 16 tokoh dari seluruh dunia berucap di pentas yang sama.

Selebriti berkenaan dijadualkan menyampaikan ucapan bertajuk "Displine of Action" di mana beliau mungkin akan bercakap mengenai beberapa peringkat perubahan dalam hidupnya - dari seorang ahli bina badan, pelakon, ahli perniagaan dan dilantik sebagai gabenor California.

Bercakap kepada The Star, Schwarzenegger berkata, beliau berminat untuk menerokai kehijauan bumi Malaysia.

"Saya mahu lihat pantai, kehijauan dan bukit-bukau yang saya pernah lihat di dalam gambar-gambar.

"Saya berada di Kuala Lumpur kurang dari 48 jam tetapi saya akan kembali," katanya.

Schwarzenegger yang kembali memegang peranan dalam filem paling popularnya iaitu "Terminator Genisys" berkata, perubahan dalam kerjayanya lebih kurang dramatik dan beliau akan berkongsi semua kisah itu pada Khamis.

"Transformasi dalam kerjaya saya begitu dramatik.

"Ia menyeronokkan untuk kembali berlakon selepas pembabitan dalam politik," katanya.

Selain bercakap mengenai kemahiran kepimpinan, beliau dijangka untuk berkongsi pelbagai inisiatif transformasinya, terutama mengenai pengangkutan dan tenaga yang diperbaharui. sepanjang tempoh pembabitan beliau.

Pada malam Rabu, Schwarzenegger menghadiri majlis makan malan di Restoran Nobu di Menara Kembar Petronas, di mana beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain bekas Gabenor California itu, antara tokoh dunia yang menjadi perhatian untuk berucap ialah beberapa bekas perdana menteri - Goh Chok Tong (Singapura), Helen Clark (New Zealand) dan Kevin Rudd (Australia).  

Antara lain ialah bintang pengadil bola sepak, Pierluigi Collina; juara Olimpik, Carl Lewis dan bekas pengerusi Sukan Olimpik London 2012, Lord Sebastian Cole.

Tokoh korporat yang turut serta dalam Forum Transformasi Global ialah pengasas bersama Starbucks, Zev Siegl dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

Artikel Lain