Melaka Laksana Projek Tambak Laut, Pelabuhan Bernilai RM12.5 Bilion - Semasa | mStar

Melaka Laksana Projek Tambak Laut, Pelabuhan Bernilai RM12.5 Bilion

Idris Haron.

MELAKA: Melaka akan menjalankan projek penambakan laut dan pembangunan pelabuhan berkonsepkan hijau bernilai RM12.5 bilion di muara Sungai Linggi, Alor Gajah, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, projek di kawasan seluas 250 hektar itu akan dibangunkan oleh syarikat Linggi Base Sdn Bhd dan dijangka siap dalam tempoh 10 tahun.

"Cadangan projek ini adalah menambak laut di kawasan perairan Kuala Linggi dan pembangunan secara berfasa berbentuk sebuah pulau yang akan menyediakan perkhidmatan minyak dan gas serta perkhidmatan perkapalan.

"Ia adalah di bawah Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Negeri Melaka yang melibatkan kawasan persisiran pantai Selat Melaka sepanjang 73 kilometer," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu, beliau menandatangani perjanjian pelaksanaan projek itu dengan Pengarah Urusan Linggi Base Sdn Bhd, Datuk Noormustafa Kamal Yahya di Ayer Keroh di sini.

Idris berkata, pelabuhan itu dijangka meningkat dan merancakkan aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor, terutama maritim, perkhidmatan perkapalan serta perkhidmatan minyak dan gas.

Menurutnya, ia juga akan menjadi destinasi perkhidmatan perkapalan dari seluruh dunia.

 Katanya, projek itu akan mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri dan perlu dilaksanakan dalam tempoh 30 bulan.

Idris berkata, nelayan di sekitar Kuala Linggi akan diberikan perhatian bagi memastikan aktiviti mereka berjalan lancar.

"Pelabuhan ini diharap memberi impak positif kepada nelayan dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada anak tempatan," katanya. - BERNAMA

Idris Haron , tambak laut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MKN Tingkatkan Pengurusan SOP Banjir

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain