suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan Penyokong PAS Berhimpun Di Kota Baru

Para peserta Himpunan Fastaqim menunaikan solat maghrib di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada Sabtu. 
Himpunan anjuran PAS itu bertujuan menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti terbabit.
 -fotoBERNAMA

KOTA BARU: Ribuan penyokong PAS berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, bagi menghadiri Himpunan Fastaqim pada Sabtu.

Perhimpunan itu yang bermula pukul 3 petang, bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan anggota PAS selepas parti berkenaan mengalami perpecahan apabila beberapa pemimpin kanannya tewas pada muktamar tahunan pada Jun lepas.

Perpecahan itu turut menyebabkan mereka yang tewas menubuhkan parti baharu dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) yang diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Himpunan juga dibuat bagi menyambut Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menyampaikan amanatnya pada malam ini dan akan turut mengadakan sesi dialog bersama penyokong parti itu.

PAS, Himpunan Fastaqim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain