Bajet 2016: Kerajaan Perlu Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup - Fomca - Semasa | mStar

Bajet 2016: Kerajaan Perlu Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup - Fomca

N Marimuthu.

PETALING JAYA: Menjelang pembentangan Bajet 2016 yang semakin hampir, kumpulan pengguna dan peniaga menggesa kerajaan untuk menambah baik beberapa polisi bagi menangani peningkatan kos sara hidup dan aktiviti perniagaan.

Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu berkata strategi jangka masa panjang perlu digunapakai untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang nyata memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

"Sebagai contoh, memperkenalkan tanda pada makanan boleh mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan kerana pemberian wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan jalan penyelesaian.

"Perlu ada penambahbaikan dalam perkhidmatan pengangkutan awam dan infrastruktur pada hari ini kerana kadar tol telah dinaikkan," katanya.

Bajet 2016 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfokuskan pengukuhan pertumbuhan ekonomi dan kemampanan fiskal.

Ia adalah Bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Marimuthu berkata lebih banyak dana perlu disalurkan kepada penjagaan kesihatan supaya pesakit dapat menikmati rawatan berkualiti dan mengurangkan tempoh menunggu.

Katanya, memandangkan nilai ringgit semakin lemah, pinjaman penuh perlu diberikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

"Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peminjam dan mendesak mereka untuk membuat bayaran balik supaya peminjam lain boleh mendapat manfaat daripada pembayaran semula tersebut.

"Perlu juga ada strategi jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import seperti menggunakan tanah pertanian terbiar di negara ini," katanya.

Marimuthu berkata pada tahun lalu, import makanan Malaysia berjumlah RM46.2 bilion sambil menegaskan pemberian kuasa kepada petani tempatan boleh mengurangkan perbelanjaan tersebut.

Pengerusi Biro Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata sebuah badan yang sama seperti Matrade perlu ditubuhkan untuk membantu mempromosikan produk PKS yang dihasilkan di luar negara.

Katanya, lebih banyak insentif perlu disediakan untuk membolehkan pengusaha PKS melakukan persediaan dengan mengambil kira Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

"Kami menjangka impak besar kerana PKS tidak mempunyai kelengkapan untuk menghadapi persaingan dengan syarikat konglomerat antarabangsa memandangkan sistem automatik sudah ketinggalan zaman.

"Kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian pengecualian cukai ke atas peralatan jentera bagi PKS dan mengurangkan levi untuk pekerja asing," katanya.

Fomca , kos sara hidup

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain