suria

Umno Tak Perlu Bimbang Saifuddin Sertai PKR - Bung Moktar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Umno tidak perlu bimbang mengenai Datuk Saifuddin Abdullah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Umno tidak perlu bimbang dengan kemasukan Saifuddin ke PKR.

"Saya tidak lihat sebarang sebab mengapa Umno akan terjejas oleh Saifuddin kerana beliau merupakan antara pemimpin yang kalah dalam pilihan raya umum yang lepas," kata ahli majlis tertinggi parti itu menerusi Twitter pada Jumaat.

Dalam kenyataannya itu, Bung melampirkan satu imej yang mempunyai petikan yang mengaitkan dengan Saifuddin.


Artikel Lain