Aktifkan Semula Pasukan Petugas Khas 1MDB - Semasa | mStar

Aktifkan Semula Pasukan Petugas Khas 1MDB

Abu Kassim (kiri) memakaikan selempang Tokoh Perpaduan SPRM kepada Zakaria (dua, kiri) pada majlis meraikan persaraan beliau di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin. Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali (kanan). -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Pasukan petugas khas berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diaktifkan semula, demikian menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Zakaria yang berucap pada majlis persaraannya berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dicadangkan supaya menghidupkan semula pasukan berkenaan yang tidak mengadakan sebarang pertemuan sejak beberapa bulan lalu.

"Baru-baru Jabatan Peguam Negara berkata pasukan petugas khas tidak dimansuhkan atau dibubarkan.

"Tetapi saya difahamkan pasukan petugas ini tidak bermesyuarat sejak (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Abu Kassim (Mohamed) kembali dari luar negara mendapatkan maklumat bagi memperkukuhkan siasatan akhir Julai 2015," katanya pada Isnin.

Zakaria yang bersara selepas 33 tahun berkhidmat dengan SPRM berucap pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraannya di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.

Selain itu Zakaria mencadangkan supaya peguam negara membentuk sebuah panel bagi mempertimbangkan hasil siasatan kes berprofil tinggi itu.

Katanya, peguam negara mempunyai kuasa melantik mana-mana pihak yang layak bagi membuat keputusan mengenai keperluan untuk didakwa di mahkamah.

"Dicadangkan supaya melantik satu panel terdiri daripada seorang bekas peguam negara, bekas hakim dan seorang wakil dari Majlis Peguam untuk mengkaji hasil siasatan kes ini," katanya.

Zakaria Jaffar , SPRM , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain