suria

Najib Ucap Selamat Berjaya Kepada Pelajar Menduduki PT3

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula Isnin.

"Selamat menduduki peperiksaan PT3 kepada semua pelajar Tingkatan 3. Belajar dan berehat secukupnya. Semoga cemerlang!" kata Najib dalam catatan di akaun Twitternya.

Ujian bertulis yang memasuki tahun kedua itu akan berakhir pada Khamis. PT3 merangkumi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Subjek lain ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan dusun yang diajar di sekolah tertentu.-BERNAMA

PT3, Najib Tun Razak

Artikel Lain