suria

SPRM Tangguh Dakwa Pegawai Kanan Polis Berikutan Kematian Ahli Keluarga

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan pendakwaan terhadap seorang pegawai kanan polis di Sabah berikutan kematian ahli keluarganya.

Pegawai SPRM berkata mereka memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan tersebut sehingga Isnin atas dasar kemanusiaan.

Pegawai SPRM dimaklumkan mengenai berita kematian tersebut selepas pegawai polis itu muncul di Mahkamah Sesyen Rasuah Kota Kinabalu di sini, pagi Isnin.

Pegawai polis itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan dekat sini akan didakwa kerana menggunakan kedudukan beliau untuk meluluskan kontrak bekalan bernilai RM430,000 kepada saudara-maranya.

Pegawai berusia 54 tahun yang berpangkat Asisten Komisioner itu akan didakwa di bawah Akta SPRM 2009.

Difahamkan pegawai tersebut menggunakan kedudukannya dengan menghadiri mesyuarat kelulusan kontrak bekalan.

Sumber berkata pegawai tersebut telah disiasat sejak tahun lalu.

SPRM, ACP, polis, Mahkamah Sesyen

Artikel Lain