HSN 2015: Jadikan Sukan Rutin Harian - Jing En - Semasa | mStar

HSN 2015: Jadikan Sukan Rutin Harian - Jing En

Phee Jing En

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas acara renang Sukan SEA, Phee Jing En mengakui aktivi sukan perlu dijadikan rutin seseorang bagi menjamin kesihatan yang baik.

Bersempena Hari Sukan Negara (HSN) yang bakal diadakan buat julung kalinya pada 10 Oktober ini, Jing En mengakui ia satu langkah kesedaran terhadap pentingnya gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Gadis muda berbakat besar ini percaya ianya adalah peluang terbaik buat kebanyakan rakyat Malaysia untuk memulakan langkah mereka.

“Saya yakin bahawa kempen besar-besaran di seluruh negara ini akan menjadi satu langkah yang hebat untuk menyatukan masyarakat dan menunjukkan mereka sisi menghiburkan aktiviti sukan.

“Sukan perlu dijadikan bahagian yang penting dalam kehidupan harian kita. Larian pendek atau berjalan di taman kejiranan anda sekitar satu atau dua jam seminggu adalah cara terbaik untuk bermula.

“Sebagai seorang pelajar, saya cuba untuk mengekalkan gaya hidup seimbang dengan membahagikan masa antara sukan, pelajaran dan keluarga,” jelas Jing En yang menguasai acara 100 meter kuak dada.



Jelas Jing En, mengekalkan gaya hidup yang seimbang dapat menjadi aspek penting di dalam membentuk tubuh badan dan minda yang sihat.

“Sukan dapat memberikan mereka kebebasan sementara daripada segala masalah di dunia.

“Saya sangat suka berenang. Apabila saya di dalam air, saya berupaya untuk melupakan segalanya seperti tekanan dan tugasan kolej. Ianya hanya saya dan air,” kata Jing En.

Selain itu, pelbagai acara sukan bakal diadakan, antaranya sepak raga, futsal, bola keranjang, zumba, cari harta karun, bola jaring, Muay Thai, Spartan Race, The Music Run, Triatlon Antarabangsa Port Dickson, Score Fitmob, ekspo sukan dan lumba basikal nasional.

Lebih lapan juta rakyat Malaysia dijangka mengambil bahagian dalam sambutan di seluruh negara dengan lebih 4,435 program sukan dan kecergasan telah dirangka. 

Hari Sukan Negara , Phee Jing En

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beranikah 10 Wakil Rakyat PAS Lompat Parti?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain