suria

Tiada Tekanan Luar Pengaruh Bida Aset 1MDB - TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd pada Isnin menegaskan bahawa ia bebas untuk membuat keputusan sendiri dan tidak berdepan tekanan luar dalam prosesnya membida aset tenaga 1Malaysia Development Bhd iaitu Edra Global Energy Bhd.

"Kami bebas untuk membuat keputusan sendiri...tiada sebarang tekanan pihak ketiga," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar acara Khazanah Megatrends Forum 2015, di sini, Isnin.

Gergasi syarikat utiliti ketika ini sedang berusaha untuk membeli Edra Global Energy.
Malah menurut Azman, TNB dijangka mengemukakan tawaran terakhirnya pada pertengahan bulan ini.

TNB adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang membida bagi pembelian Edra Global Energy dan berdepan saingan syarikat asing yang disenaraipendek 1MDB iaitu firma Qatar Nebras Power QSC, CGN Meiya Power Holdings Co (disenaraikan di Hong Kong) dan ACWA Power International (Arab Saudi).

Artikel Lain