Tiada Cubaan Jadikan Kedah Medan Kumpul Dana, Rekrut Anggota ISIS - Polis - Semasa | mStar

Tiada Cubaan Jadikan Kedah Medan Kumpul Dana, Rekrut Anggota ISIS - Polis

Zamri Yahya.

ALOR SETAR: Polis Kedah tidak mengesan sebarang bukti menunjukkan negeri ini dijadikan medan pengumpulan dana dan merekrut anggota baru oleh "elemen-elemen" kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ketua Polis negeri, Datuk Zamri Yahya bagaimanapun berkata, pihak berkuasa akan meneruskan pemantauan dengan ketat terhadap semua elemen yang berkaitan dengan perjuangan militan IS di Kedah.

"Kita terus memantau elemen-elemen IS di Kedah. Setakat ini kita tidak mengesan sebarang cubaan untuk menjadikan Kedah sebagai medan untuk mengumpul dana (bagi kumpulan militan IS) atau (medan) untuk merekrut anggota ISIS."

"Penglibatan mereka (yang terlibat dengan militan IS di kedah) adalah secara individu dan berseorangan," kata beliau kepada Bernama baru-baru ini.

Beberapa pihak sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan madrasah dan sekolah-sekolah pondok di Kedah dijadikan medan oleh elemen-elemen kumpulan militan terbabit untuk mengumpulkan dana serta merekrut anggota-anggota baru.

Zamri berkata, usaha berterusan pihak Polis dalam menangani ancaman kumpulan militan IS di negeri ini, telah menghasilkan kejayaan termasuk menangkap beberapa individu atas penglibatan mereka dengan kumpulan penganas itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut tentang kejayaan pihak berkuasa menangkap mereka yang terlibat dengan kumpulan militan IS di negeri ini.

Ketua Polis Kedah itu juga berkata, maklumat pihaknya juga menunjukkan dua daripada elemen kumpulan IS yang berasal daripada Kedah telah disahkan terkorban di Syria.

Identiti dua elemen kumpulan militan IS daripada Kedah yang disahkan terkorban di Syria itu bagaimanapun tidak didedahkan oleh beliau.

Beliau juga ditanya mengenai kebimbangan disuarakan beberapa pihak tentang kemungkinan sempadan negara antara Kedah dan Thailand terutamanya "lorong-lorong tikus" dijadikan laluan penyusupan anggota militan IS ke Malaysia.

Menurut Zamri, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat tentang penyusupan keluar-masuk elemen-elemen IS di kawasan sempadan kedua-dua negara itu menggunakan "lorong-lorong tikus."

Mengenai pengibaran bendera IS yang dikesan berlaku di beberapa buah negeri baru-baru ini, Ketua Polis Kedah itu mengesahkan salah satu daripada insiden itu berlaku di Sungai Petani pada 20 September lepas. 

Pihaknya kata beliau, telah menemui dan merampas kain rentang berukuran 1 1/2 kaki x 3 kaki berwarna hitam serta bertulisan Jawi mirip kepada bendera kumpulan IS di sebuah jambatan di Sungai Petani pada tarikh tersebut.

"Setakat ini tidak diketahui pihak mana yang telah menggantung kain rentang (bendera) terbabit. Pihak polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian itu," katanya. 

Bendera terbabit jelasnya, tertera tulisan "Lailahaillallah" dan "Allah" ditemui pada waktu malam di jejantas menghubungkan Taman Ria Mesra ke Taman Ria Jaya di Lebuhraya Utara-Selatan.

Selain di Kedah, insiden pengibaran bendera-bendera kumpulan militan itu dikesan berlaku di Terengganu, Perak, Johor dan Selangor. - Bernama

ISIS , IS , militan

Artikel Berkaitan

Russia Serang Syria

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain