Rafidah Cabar Dakwaan Salleh Mengenai Kelajuan Internet - Semasa | mStar

Rafidah Cabar Dakwaan Salleh Mengenai Kelajuan Internet

Rafidah Aziz

PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mengeluarkan kenyataan mengenai rakyat Malaysia memilih pakej jalur lebar perlahan.

"Saya terbaca ada pelbagai tahap kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat negara ini dan sebanyak 71 peratus pengguna Internet memilih jalur lebar Streamyx perlahan.

"Betul ke? Dan kita mahu membangunkan ekonomi negara menjelang 2020, negara kelas pertama yang perlu dipacu menerusi inovasi? Apa dan siapa yang menjadi contoh atau ditemubual?" soal bekas menteri Kabinet itu menerusi laman Facebooknya pada Selasa.

 Datuk Seri Salleh  Said Keruak
Dr Salleh Said Keruak

Pada Isnin, Salleh berkata, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk membayar kurang untuk Internet berkelajuan perlahan berbanding yang pantas.

"Sebenarnya, ada pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysa tetapi kira-kira 71 peratus pengguna memilih pakej jalur lebar Streamyx perlahan yang menawarkan kelajuan antara 384 kilobit sesaat (Kbps) ke 1 megabit sesaat (Mbps)," kata Salleh menerusi entri blognya.

Tambah menteri itu lagi, di Singapura dan Thailand, kadar kelajuan minimum adalah antara 4 hingga 5 Mbps, tetapi di negara ini hanya 384 Kbps.

"Kita boleh naikkan kelajuan minimum Internet kepada 5 Mbps dan memaksa rakyat malaysia membeli pakej kelajuan tinggi, tetapi itu bermakna kos meningkat dan penggunaan Internet hanya untuk golongan yang mampu membayar lebih tinggi," kata Salleh.

Mengulas lanjut kenyataan Salleh itu, kata Rafidah lagi, adalah memalukan jika dunia membuat persepsi bahawa kebanyakan rakyat Malaysia memilih perlahan dan kerajaan berpuas hati dengannya.

"Kenapa tidak teruskan dengan melihat ke Korea dan Jepun daripada segi tahap kemajuan di sana? Pelabur di mana sahaja mahukan jalur lebar Internet berkelajuan tinggi.

"Rakyat kita juga begitu, terutama yang faham manfaat menggunakan kemudahan yang pantas. Dan generasi muda kita yang memahami teknologi komunikasi dan maklumat tentu mahukannya!" kata Rafidah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.