suria

Pelan Pemerkasaan Ibu Tunggal Dilancar Bulan Depan

Najib Tun Razak.

NEW YORK: Satu pelan tindakan kebangsaan untuk memperkasakan ibu tunggal di Malaysia akan dilancarkan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Berucap pada Mesyuarat Pemimpin Dunia mengenai Kesamaan gender dan Pemerkasaan Wanita di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Perdana Menteri berkata kerajaan menyedari bahawa ibu tunggal dan ketua isi rumah wanita sering kurang bernasib baik dari segi sosial dan ekonomi, terutamanya di kawasan luar bandar.

Najib berkata Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita juga ditubuhkan baru-baru ini untuk membantu menggubal dasar dan undang-undang khusus demi kemajuan wanita.

Satu tinjauan yang dijalankan pada 2009 oleh Program Pembangunan PPB (UNDP) menunjukkan bahawa kebanyakan ibu tunggal, terutamanya yang tinggal di luar bandar, hampir tidak mempunyai simpanan dan mendapati ia sangat mencabar untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pendidikan, kemahiran dan latihan.

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa beberapa ibu tunggal menjalankan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga.


Najib Tun Razak, ibu tunggal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain