suria

Hentikan Demo Jalanan - Zahid

SERIAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat supaya tidak lagi menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan pandangan sebaliknya berbuat demikian menerusi pelbagai forum lain.

Beliau berkata demonstrasi jalanan bukanlah budaya Malaysia dan ia tidak seharusnya diamalkan di negara ini.

"Sudah sudahlah, saya tidak mahu lagi ada demonstrasi baju Kuning atau baju Merah lagi selepas ini...banyak forum lain untuk pihak yang tidak puas hati meluahkan pandangan selain daripada keluar ke jalanan unuk mengadakan demonstrasi.

Malaysia ialah sebuah negara demokratik dan kita ada pilihan raya untuk memilih kerajaan dan pemimpin, bukannya dengan cara berdemonstrasi di jalanan, katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terbat Teban, Tebakang dekat sini, pada Sabtu.

Sambil menegaskan beliau amat tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi jalanan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat perlu menghormati mempunyai undang-undang negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain