Lelaki Mati Lemas Kereta Dipandu Terjunam Dalam Terusan - Semasa | mStar

Lelaki Mati Lemas Kereta Dipandu Terjunam Dalam Terusan

JITRA: Seorang lelaki mati lemas selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke dalam tali air di Kubang Sepat, Jitra, Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.51 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Kenderaan itu bersama mayat Mohammad Izzat Harun, 23, ditemui di bahagian tempat duduk belakang kira-kira pukul 10.30 pagi didapati tenggelam di terusan Sungai Korok dekat Kampung Kubang Sepat.

Mohammad Izzat, 23, dari Taman Bersatu, Jitra, adalah seorang tentera yang bertugas di Kem Sungai Besi.

Mayat mangsa ditarik keluar dari terusan pada pukul 11 ​​pagi dan dihantar ke bilik mayat Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayatnya ditemui beberapa 50 meter dari lokasi di mana keretanya terbabas dan terjunam ke dalam terusan yang mempunyai kedalam lebih 30 meter.

Rakannya yang dikenali sebagai Rusamira Abdullah, 20, dari Kampung Tempayan Pecah, Ayer Hitam berjaya berenang menyelamatkan diri melalui tingkap yang dipecahkan untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

Dia menerima rawatan di Hospital Jitra.
kereta terjunam , hilang kawalan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain