suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Kesan Tembakan Pada Dinding Kaca Kedai Perabot

BUTTERWORTH: Lapan kesan tembakan ditemui pada dinding kaca sebuah kedai perabot di Jalan Raja Uda di sini yang dipercayai berlaku, Selasa.

Jurucakap polis berkata, kesan itu disedari pekerja kedai berkenaan ketika mahu membuka premis itu kira-kira pukul 10 pagi.

"Kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam dan awal pagi ketika kedai berkenaan ditutup," katanya.

Jurucakap itu berkata pemilik premis tersebut telah membuat laporan dan pihak polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat.-- Bernama

Jalan Raja Uda, kedai perabot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain