suria

Tidak Sertai PR 2.0 Keputusan Tepat Elak Parti Terumbang-Ambing - PAS

Nasrudin Hassan Tantawi
KUALA LUMPUR: Pendirian teguh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR 2.0) merupakan keputusan yang tepat dan pintar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dalam kenyataan pada Isnin berkata ketegasan itu memberi gambaran jelas bahawa PAS mempunyai matlamat tersendiri dalam menjamin masa depan parti itu daripada terjerumus ke dalam situasi yang keliru dan terumbang-ambing.


"PAS tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud dan usaha mewujudkannya juga masih kabur sedang PRU 14 semakin hampir, PR versi asal masih utuh cuma perlu diperkukuh dengan lebih efektif," katanya.

Nasrudin menegaskan komitmen PAS masih dalam PR kerana yang terputus hanya tahaluf dengan DAP dan bukannya dengan PR yang masih mempunyai dua komponen tahaluf iaitu PAS dan PKR.
PR 2.0, Nasrudin Hassan Tantawi

Artikel Lain