Komuniti Vape Mahukan Peraturan Lebih Baik - Semasa | mStar

Komuniti Vape Mahukan Peraturan Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Penghisap rokok elektronik (vapers) yang jumlahnya semakin bertambah mahukan peraturan yang lebih baik berbanding larangan menyeluruh terhadap penggunaan produk itu.

"Pada masa ini kami membuat kawal selia sendiri dan mengalu-alukan cadangan Kerajaan untuk mengawal selianya," kata Presiden Persatuan E-Vaporizers dan Alternatif Tembakau Malaysia (MEVTA) Allan Foo.

Beliau berkata, mereka menyambut baik langkah Kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang mengenai penggunaan vape.

"Malah, kami telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk merangka cadangan tentang bagaimana untuk mengawal selia industri ini.

"Kami akan menyerahkannya kepada Kerajaan pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar majlis pelancaran kempen Melarang Penjualan Barangan Vape kepada mereka di bawah usia 18 tahun.

Beliau berkata kominiti vape sedar akan kebimbangan orang ramai yang semakin meningkat ke atas penggunaan vape yang tidak terkawal.

"Sebab itu kita cuba untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan vape.

"Ini termasuk memulakan kempen untuk menghalang penjualan vape kepada mereka yang berusia bawah 18 tahun dan memperkenalkan garis panduan untuk pengguna," katanya.

Beliau berkata persatuan itu juga tidak bersetuju vape dipromosikan sebagai satu prodeuk 'gaya hidup'.

"Matlamat kami adalah untuk melihat vape digunakan sebagai alternatif oleh perokok yang berhasrat untuk menghentikan tabiat itu," katanya, sambil menambah vape tidak perlu digalakkan untuk golongan bukan perokok.

Bilangan vapers di seluruh negara dianggarkan sebanyak 300,000 sejak ia diperkenalkan di negara ini tujuh tahun lalu.
vapers , rokok elektronik , vape

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.