Skim Perumahan Belia: Pulangan Tetap Jangka Panjang - Semasa | mStar

Skim Perumahan Belia: Pulangan Tetap Jangka Panjang

KUALA LUMPUR: Skim Perumahan Belia yang akan ditawarkan kepada pasangan belia yang sudah berkahwin dapat merealisasikan hasrat belia untuk memiliki aset tetap.

Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz berkata skim berkenaan amat bagus kerana ia dapat dijadikan pelan pelaburan jangka panjang untuk generasi muda.

"Ia merupakan cadangan yang sangat baik dan lebih menjurus kepada pengumpulan aset tetap untuk jangka masa panjang dan dapat meringankan beban belia yang layak membuat bayaran ansuran bulanan.

"Insentif RM200 sebulan selama dua tahun merupakan jumlah yang agak besar dan sangat membantu belia yang sudah berkahwin dan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas mengumumkan langkah proaktif ekonomi negara antaranya mempercepatkan pembinaan rumah mampu milik untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Skim Perumahan Belia yang diwujudkan secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas itu, ditawarkan kepada 20,000 pasangan belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun selain pemberian insentif sebanyak RM200 sebulan selama dua tahun.

Skim perumahan yang berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat' itu layak buat pasangan belia berpendapatan bulanan kurang M10,000 dan bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri dalam mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk kesejahteraan rakyat.

Mah yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Mentreri berkata Skim Perumahan Belia merupakan peluang terbaik dalam menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dalam kedua-dua peringkat mikro dan makro.

"Ia adalah penting untuk menyampaikan komitmen kerajaan dan langkah bijak dalam menangani cabaran-cabaran ekonomi yang menjadi kebimbangan orang ramai termasuk kos sara hidup yang meningkat.

"Pengenalan langkah-langkah tambahan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan patut dipuji dengan penekanan ke atas kesejahteraan rakyat," katanya.

Presiden Kelab Belia Tamil Malaysia K Murali pula berpendapat skim berkenaan merupakan langkah yang baik untuk belia kerana pasangan belia yang baru berkahwin kebanyakannya menghadapi kesukaran menjalani kehidupan baharu dengan gaji rendah.

"Sudah pastinya skim ini dapat membantu mengurangkan beban belia yang baru berkahwin lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar kerana kebanyakan harga rumah tinggi," katanya.

Sementara itu, mantan Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (Selangor), Abdul Razak Khasbullah berkata skim tersebut merupakan tindakan yang wajar dan mempunyai perancangan khusus untuk membela nasib generasi Y, memandangkan harga rumah di negara-negara membangun dan maju sangat tinggi.

Farrah Balkish Abdul Hamid, 34, dari Cheras berkata skim yang ditawarkan kerajaan itu dapat mengurangkan beban golongan belia yang bergaji rendah dan merealisasikan hasrat beliau untuk memiliki rumah sendiri.

"Skim Perumahan Belia dapat memenuhi impian saya yang berkahwin untuk memiliki rumah idaman dan meningkatkan taraf hidup keluarga. Daripada bayar sewa rumah yang mahal setiap bulan, lebih baik saya laburkan wang untuk membayar ansuran rumah sendiri," katanya.

Wong Wai Hon, 32, dari Setapak Jaya pula berkata semua belia mengimpikan memiliki rumah sendiri dan cadangan membina rumah mampu milik dan skim tersebut memudahkan rakyat serta dapat membantu golongan belia membentuk kehidupan yang lebih sempurna yang selesa.

Belia , Perumahan

Artikel Sebelum

Mat Sabu Sedia Jumpa Hadi

Artikel Berikut

Peniaga Petaling Street Puji Polis

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain