suria

Logo Amanah Sama Dengan Logo Barisan Sosialis Adalah Kebetulan - Mohd Anuar

PETALING JAYA: Logo Parti Amanah Negara yang hampir sama dengan logo bekas gabungan politik tempatan dalam era 60-an, Barisan Sosialis, adalah satu 'kebetulan'.

Setiausaha Agung parti, Mohd Anuar Tahir berkata mereka sedar isu itu dan akan berbincang dengan pihak-pihak tertentu untuk menanganinya.

"Keputusan untuk logo telah melalui proses tertentu. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat logo dan mereka memberi beberapa cadangan kepada jawatankuasa pusat parti dan akhirnya, logo 'A', yang dilancarkan semalam, telah dipilih dan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Mengenai isu logo itu hampir sama dengan pergerakan politik lain, ia mungkin kebetulan dan kami menyedarinya. Kami benar-benar menghargai pandangan dan komen daripada rakyat dan akan berbincang dengan mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Logo Amanah berwarna hijau dengan rantai putih. Di tengah-tengah rantai, terdapat satu cangkul yang menembusinya.

Parti Buruh Malaya dan Parti Rakyat Malaya adalah sebahagian daripada gabungan Barisan Sosialis Rakyat Malaysia pada 1960-an.

Logo Parti Buruh Malaya juga mempunyai imej rantai dengan cangkul dan pen diletakkan secara bersilang.

Parti Rakyat Malaysia juga mempunyai rantai tetapi dengan imej lembu jantan di tengah-tengahnya.

Artikel Lain