suria

Mayat Lelaki Disyaki Dibunuh Ditemui Di Tepi Jalan

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan berhampiran Kampung Sungai Kandis, Alam Impian di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata mangsa dipercayai berusia awal 30-an itu ditemui terbaring oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 6.00 pagi.

"Mayat berpakaian penuh iaitu berbaju-T dan berseluar slack corak berpetak-petak...tiada sebarang pengenalan diri yang dijumpai pada tubuh mangsa dan berkemungkinan mangsa berketurunan India.

"Pemeriksaan menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa selain kesan lebam pada bahagian mata dan badan yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

"Kita meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga tampil memberi maklumat supaya dapat membantu polis menyelesaikan kes ini," katanya.

mayat, bunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain