suria

Najib Enggan Layan Dakwaan Beri Rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Presiden Umno ketika sidang media selepas Mesyuarat Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Rabu. -foto THE STAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak enggan melayan dakwaan kononnya beliau memberi rasuah kepada ketua Umno bahagian seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Rasuah apa? Ramai sudah buat laporan polis mengenainya.

"Saya serahkan kepada pihak polis (untuk siasat)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn di sini, Rabu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil Dr Mahathir bagi merekodkan kenyataannya berhubung dakwaan  yang dibuat di perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lepas.

Menurut Khalid setiap ucapan negarawan tersebut akan diteliti, termasuk dakwaannya ada ketua bahagian Umno menerima rasuah.

Artikel Lain