suria

Azmin Perlu Buat Penjelasan Tentang Kerjasama Dengan PAS

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali perlu menjelaskan kepada penyokong mengenai keputusan parti untuk bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata parti Islam itu dilihat lebih cenderung kepada Barisan Nasional, khususnya Umno, pada masa kini.

Tambah beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah pun menggesa pengkritik 1Malaysia Development Berhad untuk menampilkan dua orang saksi untuk membuktikan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS berhubung perkara ini.

"Tetapi jika Azmin merasakan dia boleh bekerjasama dengan PAS, walaupun PAS sanggup menyokong Najib berhubung kontroversi 1MDB sekarang, terpulang kepada Azmin untuk membuat penjelasan kepada penyokongnya," kata Guan Eng pada sidang media di Komtar di sini Rabu.

Guan Eng berkata DAP tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sejak PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan parti itu dan berhasrat untuk bertanding kerusi yang dipegang oleh DAP.

"Bagaimana parti-parti komponen dapat bersaing antara satu sama lain? Ini bukan tindakan kawan-kawan, tetapi lawan.

"Atas sebab ini kita tidak lagi boleh bekerjasama," katanya.

GUan Eng berkata, PAS juga tidak mengambil bahagian dalam Bersih 4 baru-baru ini.


Lim Guan Eng, Azmin Ali

Artikel Lain