suria

Polis Tidak Benarkan Perhimpunan 'Baju Merah'

GEORGE TOWN: Pihak polis tidak akan membenarkan rancangan kumpulan 'baju merah' mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September ini kerana bimbang mengenai isu keselamatan, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

"Apa yang jelas ialah kita tidak akan membenarkan ia berlaku," kata Timbalan Ketua Polis Negara itu pada Isnin.

Bagaimanapun katanya sekiranya terdapat kemungkinan perhimpunan itu dibenarkan untuk diteruskan, polis akan memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Ditanya sama ada pihak polis menerima apa-apa permohonan daripada pihak penganjur, Nood Rahid berkata beliau perlu menyemak mengenainya.

Baju Merah, PDRM

Artikel Berikut

Artikel Lain