Amanah Belum Tetap Pendirian Mengenai Hudud - Semasa | mStar

Amanah Belum Tetap Pendirian Mengenai Hudud

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai pendirian khusus berhubung cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Pengerusi penajanya, Mohamad Sabu berkata Amanah hanya akan menetapkan pendirian mereka berhubung undang-undang Islam itu setelah mendapat konsensus komponen pembangkang.

Amanah yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS dari kumpulan progresif dikatakan akan membentuk Pakatan Rakyat 2.0 bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kami mengambil pendirian sebarang rang undang-undang apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memilih secara demokrasi, konsultasi dan mengambilkira Perlembagaan negara.

"Sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang,  persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan Perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Jelas Mohamad yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu, tidak timbul laporan yang mengatakan bahawa wakil rakyat Amanah akan mengundi bagi menolak rang undang-undang hudud jika ia dibentangkan di Parlimen.

"Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0 untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami," katanya.

Mat Sabu , Hudud , Parti Amanah Negara , PAS

Artikel Sebelum

Mesyuarat Biro Politik Umno Positif - Khairy

Artikel Berikut

"Tolang Saya Cari Kevin" - Adik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain