Pembinaan Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai Berjalan Lancar - Mustapa - Semasa | mStar

Pembinaan Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai Berjalan Lancar - Mustapa

KOTA BARU: Pembinaan Fasa 1B dan 2A projek Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai oleh kerajaan persekutuan berjalan lancar dengan prestasinya melebihi peratus yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,pelaksanaan Fasa 1B dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 kilometer melibatkan kos RM168 juta telah mencapai 30.4 peratus siap berbanding 22.5 peratus yang ditetapkan oleh JKR.

Bagi pelaksanaan Fasa 2A dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer melibatkan kos RM137 juta sudah mencapai empat peratus siap berbanding 1.8 peratus yang ditetapkan oleh JKR, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan di sini, Ahad.

Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion itu melibatkan tiga fasa pembinaan dan majlis pecah tanah pelaksanaannya dilakukan pada April tahun lepas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata pembinaan Fasa 1B dijangka siap pada 2017 manakala Fasa 2A pada 2018.

"Kita mohon dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) keseluruhan lebuh raya ini dilaksanakan pembinaannya dan kita berharap lebuh raya ini dapat disiapkan secepat mungkin kerana rakyat di negeri ini amat menanti-nantikan lebuh raya tersebut," katanya.

Mustapa berkata kerajaan persekutuan juga sedang melaksanakan beberapa projek menaik taraf jalan dan jambatan di negeri ini untuk kemudahan rakyat seperti menaik taraf jalan dan melebarkan jambatan yang merentangi Sungai Kelantan di Pasir Mas yang melibatkan kos RM157.4 juta.

Katanya sehingga Julai lepas, kerajaan persekutuan telah menyalurkan  RM110.2 juta kepada kerajaan negeri Kelantan untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan sebanyak RM185.6 juta sepanjang tahun lepas.

Mengenai pembinaan Rumah Kekal Baharu (RKB) kepada mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat bencana di negeri ini Disember tahun lepas, Mustapa berkata kerajaan persekutuan telah siap membina 143 RKB dan diserahkan kepada mangsa banjir manakala sebanyak 257 RKB lagi sedang dalam pembinaan yang dijangka siap sedikit masa lagi.

Beliau berkata kerajaan persekutuan dipertanggungjawabkan untuk membina sejumlah 1,255 RKB dan dijangka kesemuanya akan siap dibina sebelum akhir tahun ini.-- Bernama



JKR , Lebuhraya Kota Baharu

Artikel Sebelum

TH Pantau Rapi Khidmat Pakej Swasta

Artikel Berikut

MRSM Akan Dibina Di Labuan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain