suria

YPM Tubuh Alumni Pelajar Ke Jepun

PETALING JAYA: Kepakaran serta pengalaman pelajar tajaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) ke Jepun akan digunakan bagi memastikan kemajuan program Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) dan Pengajian Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP).

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, alumni akan diwujudkan dengan mengumpulkan bekas penerima biasiswa YPM yang menimba ilmu di negara matahari terbit itu.

“Mereka dapat bertukar-tukar fikiran untuk digarap bersama sebagai idea baru yang dapat digunakan sebagai langkah kepada kebaikan program ini khasnya dan kepada penduduk sekitar amnya.

“Alumni ini akan memainkan peranan penting sebagai penggerak atau pembuka ruang ke arah kecemerlangan akademik dan kerjaya pelajar yang masih menuntut menerusi program ini,” katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.

Abdul Karim berkata, alumni DPPT YPM berperanan membantu pengurusan dari segi sumber pengajaran dan sebarang material yang dilihat mampu membantu kecemerlagan program.

Selain itu, katanya, alumni ini juga dapat mengumpulkan pelbagai kepakaran dari segenap lapisan pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan.

“Program-program pembangunan akademik dan sahsiah akan dirangka alumni bagi membantu kecemerlangan program dari segi akademik atau disiplin pelajar.

“Ia juga menjadi medan rujukan atau khidmat nasihat yang untuk pelajar yang telah tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan,” katanya.

YPM kini telah mengenal pasti taburan bekas pelajarnya mengikut negeri di mana keseluruhannya berjumlah 1,150 orang.

YPM, Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Lain