suria

Terserah Pada Polis Untuk Ambil Tindakan Terhadap Tun M - Nur Jazlan

Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada polis sama ada mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir pada perhimpunan Bersih 4, hujung minggu lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis telah diberikan tanggungjawab bagi menangani perhimpunan haram berkenaan.

"Itu merupakan hak beliau untuk berbuat demikian (hadir pada perhimpunan), tetapi kini kami serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatriat Malaysia (Pusat MYXpats) di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Pusat MYXpats merupakan pusat sehenti yang akan memproses permohonan dan mengeluarkan semua Pas Penggajian (EP) dan pas-pas berkaitan EP yang lain bagi para ekspatriat yang bekerja di Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain