suria

Penubuhan JKE Tepat Pada Masanya - Pemuda Umno

Khairul Azwan Harun.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno pada Rabu menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) adalah tepat pada masanya dalam menyelesaikan isu-isu ekonomi negara terutamanya yang membabitkan kos sara hidup tinggi rakyat. 

Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun berkata, pergerakan itu bersedia membantu dengan menyampaikan idea dan cadangan kepada JKE.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai struktur dan fungsi penubuhan JKE bagi meminimumkan impak sebarang isu ekonomi yang timbul ke arah ekonomi negara.

Terdahulu, Khairul Azwan menghadiri majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-66 penubuhan Pergerakan Pemuda Umno di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu malam.

Seramai 50 anak yatim dari Rumah Pertubuhan Kebajikan D'Murni Kasih, Gombak juga menghadiri majlis itu.

Artikel Lain