PDRM Nafi Guna Senjata Renjat Terhadap Peserta Bersih - Semasa | mStar

PDRM Nafi Guna Senjata Renjat Terhadap Peserta Bersih

Noor Rashid.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid menafikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan senjata renjat (taser gun) pada perhimpunan haram Bersih 4.0 hujung minggu ini.

"Tidak, kami tidak akan menggunakan alat tersebut semasa perhimpunan Bersih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman web iSelamat.my di sini, Selasa.

Beliau berkata senjata renjat sudah berada di tangan mereka dan akan diedarkan kepada jabatan polis yang berbeza.

"Senjata renjat terbukti secara saintifik untuk melumpuhkan sementara penjenayah dan kami akan menggunakan alat tersebut pada masa akan datang apabila keadaan memerlukan," katanya.

Sebuah akhbar bahasa Cina, Oriental Daily memetik Noor Rashid pada Isnin sebagai berkata penunjuk perasaan mungkin akan dikejutkan dengan penggunaan senjata renjat jika rusuhan menjadi ganas.

"Dalam apa jua keadaan, polis akan mengikut prosedur operasi standard (SOP). Jika keadaan perlu dikawal, polis akan menggunakan senjata renjat untuk melumpuhkan sementara suspek seiring dengan SOP mereka," katanya.

Noor Rahsid turut menasihati orang ramai supaya memberikan kerjasama dan bertanggungjawab kerana polis menghormati hak kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Kami akan memudahkan tapi jika mereka melanggar undang-undang, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan keempat pada 29 dan 30 Ogos ini bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak bermula 2 petang, Sabtu ini.

Polis menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai haram.

Bersih 4.0

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan